Cukupppppp! Jap lagi panjang lebar cerita pasal kehidupan. Wink wink!!!
Sebenarnya saya nak share satu perkara, jeng jeng jeng....

Cantik tak? Idea ni saya dapat sebab ada customer yang minta buatkan gambar conference untuk syarikatnya. Tapi saya buat dengan cost yang mahal. Mula-mula saya fikir untuk disimpan lama, harus gunakan canvas... cantik. Saya suka benda yang cantik!
Tetapi bila saya cuba buat frame poster yang ini, saya rasa lagi senang nak handle. Kalau berhabuk boleh lap ngan kain lembab. Poster ini saya dah laminate dengan matte plastic. Hasilnya agak menawan juga lah. Cost juga tidak semahal waktu saya menggunakan canvas.
Saya seronok membuatnya. Mula la saya godek-godek gambar lama untuk diposterkan. Hahahaa! Tapi adakah rumah kecil saya ini akan jadi seperti muzium kalau saya tidak berpada-pada membuat benda baru yang saya suka ini?
Saya tunjukkan pada cik Affa, dia kata cantik dan dia pun nak buat. Sebab saya suka sangat, saya tunjuk pada kawan-kawan lain. Wahhhh, ramai pula yang berminat. Ini peluang baik, saya boleh bisneskan minat saya ni. Lalu sekarang saya mahu pasang strategi. Bagaimana mahu memasarkan benda cantik ini. Jumpa lagi akan datang untuk saya beritahu perkembangan menarik benda cantik terbaru ini.
See ya!
No comments:
Post a Comment